Thursday, March 8, 2012

ANTARA SOLAT FARDHU DAN SOLAT SUNAT


Salam'alayk, Alhamdulillah pertama dan selamanya, setinggi dan segunung kesyukuran penulis panjatkan kepada sang Pencipta yang Maha Agung, yang telah memberikan nafas yang segar-bugar ini taktala diri masih dalam keadaan penuh dengan noda dosa, namun dengan kasi sayang-Nya kita masi diberikan peluang untuk menikmati segala yang dihamparkan oleh Allah SWT diatas muka bumi ini. Penulis menyeru kepada saudara/ri pembaca sekalian untuk kita sama-sama menterjemahkan segala bentuk kesenangan ini kepada bentuk penghambaan yang sebenar-benarnya kepada Allah SWT, semoga kita terus konsisten serta tsabat diatas jalan juang yang rencam yang sarat dengan kepahitan ini. Namun pada pengakhiran hidup ini kelak, Allah akan menghamparkan syurga didepan mata bagi mereka yang benar-benar ikhlas dijalan juang ini. 

Selawat dan salam keatas Nabi kita yang tercinta, kepada kaum kerabat baginda kepada sahabat-sahabat baginda yang telah menebarkan wangian Islam diatas muka bumi ini.


Alhamdulillah, pada kali ini penulis akan cuba berkongsi karya daripada ulama' nusantara yang tidak asing lagi bagi kita, Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al- Banjari al-Makki yang merupakan syaikhul Ma'ahad, Al-Ma'had az- Zein al-'Ali lit Tafaqquh fid Din wa tahfizil Quran, Bogor jawa Barat.

Tuan Guru telah menjawab persoalan antara solat fardhu dan solat sunat, yang mana jelas yang perlu diutamakan diantara kedua-dua solat itu ialah solat fardhu. diantara soalan dan jawaban yang telah dikemukakan:-

SOALAN: Apakah boleh melaksanakan solat sunat jika seseorang masih ada lagi solat wajib yang belum dikerjakan?



JAWAPAN SYEIKH: Jelas yang perlu diutamakan dahulu adalah solat fardhu kerana keutamaan, kelebihan dan tuntutannya. Disebutkan juga didalam kitab-kitab fikah termasuk kitab I'anah ath-Tholibin karangan Syaikh Abu Bakar Syatho (w 1013H) diakatakan tidak boleh melaksanakan solat sunat jika masih ada solat wajib (qadha'an) yang belum dilaksanakan. Ada juga pendapat yang mengatakan haram. Walaubagaimanapun, terdapat ulasan dan pendapat daripada masyaikh yang mengatakan, tidak boleh mengerjakan solat sunat jika masih ada solat wajib (qadha'an), hanyalah bila waktu sempit yang hanya boleh digunakan untuk solat wajib (qadha'an sahaja. Umpamanya, seseorang yang masih belum melaksanakannya solat qadha'an lima waktu dan pada pukul 1.30 tengahari, dia akan dihukum bunuh. Maka, dalam keadaan begini, setelah melaksanakan solat Zuhur pada 12.30 tengahari, dia hanya boleh mengqadhakan solat qadha'an yang belum dilaksanakan dan tidak boleh dia melakukan solat sunat dalam tempoh itu (iaitu dari 12.30 tengahari sehingga 1.30 tengahari) kerana jika dia melaksanakan solat sunat pada waktu itu, solat qadha'an tidak akan dapat diganti. 
     
Dalam pertimbangan yang lain, kenapa harus melakukan solat sunat, sedangkan pahala melakukan solat sunat hanya satu sahaja dan satu solat wajib sama dengan 70 solat sunat. Ia lebih istimewa lagi ketika ramadhan. Rasulullah SAW menyebutkan :-

"Sesiapa yang mendekatkan dirinya dalamnya (bulan ramadhan) dengan mengerjakan satu perkara dari kebaikan, adalah seumpama dia mengerjakan satu kefardhuan dalam bulan selainnya. Dan sesiapa yang mengerjakan dalamnya satu kefadhuan, adalah seumpama dia mengerjakan 70 kefardhuan dalam bulan selainnya." (Riwayat Ibn Khuzaimah, al- Munziri dan al-Baihaqi)

p/s: pilih yang utama! 


No comments:

Post a Comment