Thursday, December 8, 2011

DETIK-DETIK TERAKHIR SI PERANTAU DI BUMI KENYALANG


Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:” Barangsiapa yang bermusafir kerana menuntut ilmu pengetahuan, maka ia adalah dalam perjalanan Allah, sehinggalah ia kembali “.


 Alhamdulillah, Bersyukur kepada Allah SWT kerana terus dan terus memberikan ruang nikmat dari semua segenap sudut tanpa jemu, Selawat dan Salam Keatas Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW yang sangat-sangat dicintai, kepada Kaum kerabat baginda, kepada Sahabat-sahabat yang sentiasa menemani Baginda tika senang mahupun susah sebagai tanda ketaatan mereka kepada Rasul mulia, kepada tabi' kepada tabi'in, kepada para ulama' dan Pejuang-pejuang yang terus mendokong cita-cita suci mereka untuk menegakkan agama-Nya. 


Alhamdulillah, entri kali ini adalah berkaitan dengan detik-detik terakhir Penulis bersama sahabat-sahabat sebelum balik ke pangkuan keluarga. Setelah sekian lama tidak balik ke Sabah, maka terpanggil pulang untuk teruskan perjalanan tarbiyyah dibumi sendiri. Semoga kesempatan yang ada bersama orang tersayang dapat dimanfaatkan dengan berbakti kepada mereka.Ayah!Bonda! tunggu..

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah!’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah Al-Israa’, ayat 23-24) 





Sempat juga Penulis bersama anak-anak Sabah yang menyambung pengajian dibumi Sarawak, melihat wajah-wajah mereka terubatlah juga kerinduan ini kepada bumi tercinta, insya'Allah, setelah habis pengajian Penulis bercita-cita untuk bermastautin dibumi kelahiran untuk meneruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat.(punyai cita-cita murni yang masih dirahsiakan :)..) 

SARAWAK BUMI TARBIYYAH


Barangkali sudah takdir Allah SWT Penulis dihumban kesini untuk mengenal jalan-jalan perjuangan yang harus ditempuh, alhamdulillah bertemu dengan sahabat-sahabat yang bisa menunjukkan jalan menuju keredhaan. Disini bermulanya mengenal apa Tarbiyyah, cara menguasai siasah, dan memantapkan dakwah, namun masih banyak lagi yang perlu dipelajari. 




Masjid Al-Muhandisin jadi pilihan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Markas utama untuk menggerakkan dakwah Islamiyyah di bumi PoliKu. Disana juga Penulis merapatkan saf ukhuwwah dengan sahabat-sahabat. Malahan al-Muhandisin punya cerita yang bermakna buat diri Penulis.





Bersama anak-anak Sabah dalam penubuhan MARSIS cawangan Sarawak. Duta-duta Islam di bumi Sarawak, akan bersama mereka menggali lombong-lombong yang belum menjadi duta Islam disini. jangan risau, Allah tolong orang yang muliakan agama-Nya.

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami
tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)





Si baju kuning yang sentiasa menjadi pendamping taktala hidup dalam kehausan semangat meneruskan hidup, menjadi teman suka dan duka dalam menggerakkan misi suci, Roomate yang setia menjadi teman selama setahun, siasahnya menjadi rujukan mahasiswa/i di bumi Poliku. Penggerak Kesatuan mahasiswa yang tak jemu menyampaikan suara-suara hak. wakil Pro-Mahasiwa yang hensem.hehe.


si Baju Merah yang comel bisa mencairkan anak-anak mad'u yang melawan cakap. punyai suara yang merdu dan lantang dalam membacakan ayat-ayat Allah. si Penjaga kebajikan sahabat-sahabat disisi. Teman setia dalam perjuangan. moga istiqamah!



 "Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?" [QS. Al- Fushshilat]













 p/s: Kita semua Duta Islam.

1 comment: