Menurut Al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w.
merupakan contoh terunggul untuk ummah manusia keseluruhannya. Para pakar
pengkaji sejarah yang bukan Islam turut mengiktiraf beliau sebagai salah
seorang personaliti paling berjaya dalam sejarah.
Pada tahun 1946
Reverend Bosworth-Smith dalam 'Mohammed & Mohammedanism.' Menulis tentang
Nabi s.a.w.:
“Daripada ketua
kerajaan dan kepada ketua gereja, beliaulah 'Caesar' dan 'Pope' dalam satu;
tetapi beliau adalah 'Pope' tanpa dakyah-dakyah politik, 'Caesar' tanpa barisan
tentera 'Caesar', tanpa pengawal peribadi, tanpa mahligai istana, tanpa saraan
pendapatan gaji yang tetap. Kalaulah ada dakwaan di dunia ini yang mengatakan
adanya seorang manusia yang benar-benar memerintah di dunia atas kuasa yang
datang terus dari langit maka orang itu hanyalah, Mohammad., Kerana hanya
beliaulah seorang yang memiliki kuasa tanpa mekanisme jajahan kuasa dan tanpa
pertolongan kerajaan. Beliau tidak mengendahkan tentang kuasa yang datang dari
pengaruhnya. Kesederhanaan hidupnya mencerminkan caragaya hidupnya mentadbirkan
persona dirinya dalam bersama orang ramai dan tidak terjejas langsung akibat
kedudukannya sebagai orang yang paling berpengaruh di dunia ini.”
Pada tahun 1978
Michael Hart menulis dalam bukunya '100 orang paling berpengaruh dalam
sejarah', beliau memilih nabi Muhammad sebagai orang yang paling dalam sejarah
dan berkata:
“Keputusan saya
memilih Muhammad untuk mengetuai senarai nama orang yang paling berpengaruh di
dunia mungkin akan mengejutkan pembaca dan pasti akan dipersoalankan orang,
tetapi pada hemat saya beliau seorang sahaja yang berjaya baik dari peringkat
sekular dan juga dari peringkat keagamaan…… Oleh kerana kebolehannya megadunkan
dua unsur ini tanpa tolok bandingannya berbanding dengan
personaliti-personaliti lain dalam sejarah maka saya merasakan Muhammadlah yang
berhak mendapat jolokan sebagai seorang individu yang paling berpengaruh dalam
lembaran sejarah tamadun manusia.”
Tingkah-laku
serta ucapan yang keluar dari bibirnya memberi bimbingan untuk kita umat
manusia untuk mencapai kejayaan , bukan sahaja di dunia ini tetapi juga di
akhirat juga.
Nabi s.a.w.
seorang yang berfikiran positif. Setiap urusannya adalah ke arah yang
bermatlamat. Beliau mengelakkan dari setiap tindak-tanduk yang berunsur negatif
yang akan menghalang proses kejayaan seperti benci, dengki, bongkak dan tamak,
etc.
Setiap
tindak-tanduknya adalah berniat bersih dan adalah kerana Allah s.w.t.
Dari mengkaji
kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. kita akan memeperolehi prinsip-prinsip
kejayaanya.
Prinsip
pertama:
Ambil jalan yang
mudah: Prinsip diterangkan oleh A’ishah. Beliau mengatakan:
“ Apabila nabi
s.a.w. terpaksa memilih di antara dua pilihan beliau akan memilih pilihan yang
lebih mudah” (Bukhari)
Memilih jalan
yang mudah bermaksud bahawa anda perlu mengkaji masalah anda dengan rasional
dan baik dan memilih yang paling bijak dan menyenangkan urusan kerja anda.
Setiap individu yang bermula dengan natijah sebegini akan cepat menuju ke arah
matlamat hidupnya.
Prinsip Kedua:
Lihatlah peluang
dalam kesusahan: Sewaktu permulaan di Mekah, terdapat banyak masalah dan
rintangan. Pada waktu itu satu petunjuk turun dari Allah s.w.t. yang berfirman:
“Seiring dengan
kesusah adalah kesenangan. Seiring dengan kesenangan adalah kepayahan”
(94:5-6).
Ini bermakna jika
ada masalah pasti ada peluang yang datang seiringan dengannya. Jalan menuju
kejayaan adalah dengan mengatasi masalah yang datang dalam setiap cubaan dan
menyahut setiap peluang yang datang sekaligus bersamanya.
Prinsip ketiga
Bertindak dengan
berubah tempat bermaustatin: Prinsip ini timbul hasil dari peristiwa Hijrah.
Hijrah bukan sahaja satu penghijrahan dari Mekah ke Madinah . Ia merupakan satu
pengembaraan untuk mencari satu tempat yang lebih sesuai untuk penubuhan agama
Islam.
Berpindah adalah
satu aspek penting untuk mencapai keamanan dan keadilan. Ini juga dapat
membuahkan pembukaan minda dan rohani untuk menerima pembaharuan dari segi
intelek, rohaniah dan pemikiran.
Prinsip
keempat
Jadikan seorang
kawan dari seoarng musuh: Agama Islam sering mendapat pertentangan hebat dari
masyarakat jahiliyaiah. Ketika itu , Al-Quran menganjurkan melakukan baik untuk
mereka yang melakukan jahat. Kemudian Al-Quran mewartakan:
'Kamu akan
menyaksikan lawan menjadi kawanmu'. (41:34).
Ia bermaksud
bahawa dengan melakukan kebaikan terhadap orang yang mengkhianati kita dengan
kejahatan kita akan dapat menundukkan keegoan mereka dengan sikap kita yang
luhur dan ikhlas.
Contoh terunggul
sifat kemanusiaan Nabi s.a.w. jelas sewaktu menawan kembali kota Mekah beliau
tidak meumpahkan darah walaupun setelah beliau dilayan dengan sebegitu buruk
terdahulu daripada itu. Semua musuh yang ditawan diberikan pengampunan termasuk
Hinda, isteri Abu Sooyaan, wanita yang memotong serta mengeluarkan usus serta
perut ayah saudara Nabi s.a.w. Dalam keadaan sedemikian Nabi s.a.w. tetap
mengampunkan Hinda.
Prinsip kelima
Pendidikan adalah
tunggak kejayaan: Selepas perang Badr, Lebih 70 orang jahiliyiah diambil
sebagai tawanan perang. Mereka merupakan orang terpelajar. Nabi s.a.w.
mengumumkan bahawa sekiranya mereka berjaya mengajar 10 anak-anak Muslim
menulis dan membaca mereka akan dibebaskan dari tawanan perang. Ini merupakan
sekolah pertama dalam sejarah Islam yang mana semua penuntutnya beragama Islam
dan tenaga pengajarnya dari pihak musuh.
Prinsip keenam
Jangan berfikiran
sempit: Dalam perang terkenal di Mutah, Khalid Ibn. Walid a.s. memutuskan untuk
menarik diri pejuang-pejuang Islam dari medan perang kerana mendapati tentera
Islam berada dalam jumlah yang sikit berbanding tentera-tentera lawan. Apabila mereka pulang , setengah orang
Islam memfitnah mereka sebagai lari dari medan perang. Nabi s.a.w. membangkang
seraya berkata,
“Tidak mereka
adalah ahli pejuang yang mara ke hadapan”.
Ketika itu
setengah penduduk Madinah berfikiran sempit dan menafsirkan keadaan sebagai samaada
tentera melawan atau berundur. Nabi s.a.w. di sebaliknya berkata terdapat
pilihan ketiga dalam aspek ini yakni mengelakkan peperangan seketika
untuk mengumpul
kembali tenaga dan kekuatan selanjutnya kambali ke medan perang dengan keadaan
lebih bersedia lagi menggerunkan terhadap pihak musuh.
Sejarah
membuktikan strategi pemikiran jauh dan luas beliau dalam menangani masalah
berjaya mendapat kejayaan yang membanggakan yang akhirnya menumpaskan musuh di
sempadan Rom setelah menyiapkan tentera-tentera Islam selama tiga tahun untuk
berhadapan dengan mereka.
Prinsip
ketujuh
Jangan mengadakan
atau memanjangkan konfrontasi yang tidak perlu: Prinsip ini timbul hasil dari
perjanjian damai Hudaybiyyah. Ketika itu umat jahiliyiah berkeras untuk
berperang dengan tentera Islam kerana mereka berkeadaan lebih baik dari segi
strategi peperangan. Tetapi Nabi s.a.w. , sebaliknya memasuki perjanjian
perdamaian bersifat unilateral untuk selama sepuluh tahun. Sebelum itu pihak
Islam dan yang bukan Islam hanya bertemu di medan peperangan untuk
menyelesaikan konflik mereka. Sejak itu konfrontasi hanya ditangani dengan
perbincangan serta pertukaran maklumat mengenai perbezaan ideologi. Dalam masa
dua tahun, Islam muncul unggul lantaran kerana ideologinya yang tiada tolok
bandingannya tidak dapat dilawan.
Prinsip
ke-lapan
Biar
perlahan-lahan dan tidak radikal dalam perlaksanaan hukum: Prinsip ini
termaktub dalam Hadith riwayat Bukhari. Ai’shah bersabda yang mana surah-surah
awal penurunan ayat-ayat Al-Qur’an berkaitan rapat dengan syurga dan neraka.
Selepas kepercayaan mula menyerap masuk ke dalam hati sanubari umat manusia ,
Allah s.w.t. menurunkan surah-surah untuk menyeru umat manusia menghentikan terus
dari melakukan ketidakadilan dan amalan-amalan yang tidak bermoral yang
membelenggui masyarakat Arab jahiliyiah itu ketika itu. Ini bukti sejarah yang
jelas bahawa Islam menggemari cara kesederhanaan dan membenarkan cara evolusi
dari revolusi dalam perlaksanaan polisi dan pembaharuan.
Prinsip
kesembilan
Bersifat
pragmatik dalam menangani konflik: Sewaktu menulis draf perdamaian di meja
rundingan Hudaybiyyah nabi s.a.w. bersabda "Inilah utusan dari Muhammad
utusan dari Allah s.w.t." , kaum Quraish terus memberontak dengan ayat ini
lantas Nabi s.a.w menyarankan ayat itu diubah-suai kepada ‘Muhammad, anak
kepada Abdullah’. Ini mendiamkan pengkritik-pengkritiknya.
Ini hanyalah
sebilangan kecil dari prinsip-prinsip yang Nabi Muhammad s.a.w. gunakan untuk mengatur
langkah hidupnya. Kunci kejayaan prinsip-prinsip hidupnya diiktiraf oleh
pengkaji sejarah sebagai tiada tolok bandingnya dan adalah bijak seandainya
kita umat Islam cuba mencontohi kebijaksanaan beliau.
'Pada dalam diri
kamulah utusan dari Allah milik budi pekerti yang indah untuk setiap orang yang
harapan mereka terletak pada Allah dan hari kemudian…' (Quran
33:21)
No comments:
Post a Comment