Monday, December 5, 2011

KEWAJIBAN UMAT ISLAM DALAM PILIHANRAYA



Alhamdulillah setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kesempatan yang diberi untuk terus beribadat dan bertinta, moga apa yang cuba diusahakan akan mendapat keredhaan disisi Allah SWT. Usai membelek folder-folder didalam laptop tua pemberian abangku ini terjumpa satu artikel pdf yang bertajuk 'Kewajiban Islam dalam Pilihanraya' rasa teruja nak membaca. Penulis daripada seorang tokoh ulama' dan penulis yang tidak asing lagi pada masyarakat Islam Indonesia. Menurut maklumat Penulis kutip, meskipun meskipun buku ini mencapai 30,000 naskah dan lebih daripada dua kali cetakan namun masyarakat Islam khususnya di Malaysia masih lagi tidak terdedah secara langsung dengan isi kandungannya. Merasakan permasalahan ini perlu dibendung dan diberikan perhatian yang lebih luas lagi dalam usaha memulihkan persepsi dan 'rasa ringan' dalam kalangan masyarakat khusus terhadap kewajiban yang mereka abaikan ini, maka buku ini perlu diketengahkan dan dikongsi didalam laman-laman sosial seperti blog dan sebagainya, dan Penulis rasa terpanggil untuk berbuat demikian meskipun status Penulis masih lagi dalam kepompong 'tak bulih undi lagi' namun perlu dihadam seawal mungkin sebagai proses persediaan secara tidak langsung dijadikan ilmu tambahan.


Didalam persediaan menghadapi Pilihan yang kian dekat dan habanya makin suam, Penulis yakin para-para pejuang parti diluar sana sudah tidak sabar lagi untuk mempromosikan kehebatan parti mereka dan tidak sabar lagi untuk berbakti kepada masyarakat untuk menjamin kesejahteraan negara pada masa yang sama ingin menggapai matlamat suci mereka. Tidak kurang juga berdebarnya jiwa-jiwa para pengundi dan terus meneliti lagi parti mana mereka mereka nak undi, Penulis yakin bahawasanya rakyat bijak menilai siapa yang mereka patut jadikan pemerintah mereka. Makanya Penulis memuntahkan perkongsian ke laman ini untuk dijadikan panduan buat para Pengundi-pengundi yang berhajat untuk memilih pemerintah yang terbaik di hati kecil mereka. Selamat menghadam!

SIAPA YANG WAJIB DIPILIH?

Pilihanraya umum untuk perlembagaan dan Dewan Perwakilan Rakyat.
Memilih wakil-wakil yang akan membuat undang undang dasar negara (perlembagaan) dan anggota parlimen kekuasaan tertinggi dan negara. Memilih ahlul halli wal ‘aqdi, orang kepercayaan ummat yang akan menentukan haluan negara.

Memilih pemimpin-pemimpin yang sanggup menjalankan hukum dan syari’at
Islam.Memilih ulil-amri yang akan diserahi mengemudikan negara, yang wajib dita’ati oleh kaum Muslimin:

“Wahai orang-orang yang beriman!, ta ‘atlah kepada ALlah dan ta’atlah kepada
Rasul dan orang-orang yang memerintah dan kalangan kamu (beriman)!
(Surah al-Nisa’: Ayat 59)

Ulil amri minkum!
Bukan ulil amri minhum!
Ulil amri yang dipilih dan diangkat oleh kaum Muslimin merupakan kepercayaan kaum
Muslimin. Ulil amri yang ta’at kepada ALlah dan RasulNya, bukan yang ingkar dan kufur kepada ALlah dan RasulNya.
Ulil amri yang demikian itu yang wajib dita’ati oleh ummat Islam dan wajib
dipilih serta dicari oleh ummat Islam:

“Sesungguhnya, hanya sanya pemimpin kamu adalah ALlah, RasulNya dan
orang-orang yang beriman yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan mereka adalah orang-orang yang ruku’ (tunduk dan patuh kepada titah perintah ALlah Subhanahu Wa Ta ‘ala)”.
(Surah al-Ma’idah: Ayat 55)

“Dan barangsiapa yang berketuakan kepada ALlah, RasulNya dan orang-orang
yang beriman, maka sesungguhnya Parti ALlah itulah yang mencapai
kemenangan”.
(Surah al-Ma’idah: Ayat 56)

Itulah ketetapan dan ketentuan al-Qur’an, yang wajib dijadikan pedoman dan
pegangan bagi kaum Muslimin, dalam menetapkan sikap dan pendirian, memilih wakil kepercayaan untuk perlembagaan dan parlimen yang akan datang.

Ummat Islam hendaklah memilih orang yang dipercayai ‘aqidahnya, di lapangan apa dia berjuang. Jangan sampai tertipu atau terkicuh dengan orang-orang yang pandai dalil, pandai berpidato membawakan ayat-ayat al-Qur’an dan hadith, untuk kepentingan politik sekular mereka.
Golongan ini suka beramah-tamah dengan kaum Muslimin untuk kepentingan
politik ‘asabiyah mereka yang sesat.

Periksa dahulu imannya, ta’atnya kepada hukum ALlah dan RasulNya,
sembahyangnya, puasanya dan dasar serta parti perjuangannya Semuanya itu menjadi ukuran yang tajam dalam menentukan layak atau tidaknya dia dipilih sebagai pemimpin dan dijadikan pilihan oleh kaum Muslimin.

Dalam al-Qur’an bukan sahaja ditunjukkan siapakah orang yang berhak
dijadikan (dipilih) menjadi pemimpin (orang diberi kepercayaan) tetapi juga dijelaskan, siapakah yang tidak boleh dipilih dan yang tidak boleh dipercaya oleh kaum Muslirnin.
Firman ALlah:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai ketua sebahagian mereka menjadi ketua sebahagian yang lain. Barangsiapa di kalangan kamu yang menjadikan mereka sebagai pemimpin maka sesungguhnya ia jadi dari golongan mereka (Yahudi dan Nasara). Sesungguhnva ALlah tidak memberi petunjuk kepada orang orang yang Zalim”.
(Surah al-Maidah: Ayat 51)

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan (pemimpin atau
ketua) orang-orang yang men jadikan agama kamu sebagai ejekan dan
permainan, daripada ahli kitab yang sebelum kamu, dan (janganlah kamu
jadikan) orang-orang kafir sebagai ketua, dan takutlah kepada ALlah, jika kamu sungguh-sungguh orang yang beriman”.
(Surah al-Ma’idah: Ayat 57)

“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu ambil sebagai sahabat. setia
(bitanah) lain daripada golongan kamu; mereka itu tidak henti-hentinya berikhtiar menarik kecelakaan atas kamu, mereka itu suka apa yang menyusahkan kamu. Sesungguhnya kebencian telah terbit dan mulut-mulut mereka itu, tetapi apa yang tersembunyi dalam hati mereka itu adalah lebih besar. Kami telah terangkan tanda-tanda kepada kamu, jika kamu (mahu berfikir)”.
(Surah Ali-Imran: Ayat 118)

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan orang-orang kafir itu sebagai ketua (pemimpin); padahal mereka itu bukan dan kalangan Mu‘minin; apakah kamu mahu mengadakan satu alasan yang nyata bagi ALlah buat (menghukum) kamu?”
(Surah al-Nisa’: Ayat 144)

“Ingatlah! kamu ini mencintai mereka itu sedang mereka tidak cinta kepada
kamu, dan karnu percaya kepada seluruh kandungan isi al-Qur’an sedang
mereka itu apabila bertemu dengan kamu, mereka itu mengakui:
“Kami beriman”, tetapi apabila berpisah, mereka gigit jari-jari mereka lantaran
marah bercampur benci kepada kamu. Katakanlah kepada mereka: “Matilah
kamu bersarna kemarahan kamu itu “, ALlah mengetahui apa yang terkandung
di dalam dadamu”.Surah Ali-’Imran: Ayat 119)

JANGAN SALAH TAFSIR

Akan tetapi, Saudara janganlah salah tafsir, jangan salah hemat.
Jikalau kita mengemukakan pendirian kita dengan dasar al-Qur’an, seperti
yang kita bentangkan di atas, jangan saudara ertikan bahawa ummat Islam akan “talaq tiga” dengan golongan lain, parti yang berdasarkan lain kepada Islam. Jangan saudara tafsirkan bahawa ummat Islam akan berkerat rotan dengan golongan yang berkeyakinan dan berfalsafah lain, beragama dan berkepercayaan lain.

Jangan saudara sangka umat Islam tidak mahu berhubungan dengan golongan
yang bukan Islam, ‘uzlah mengasingkan diri dari ‘alam pengaulan masyarakat
manusia. Tidak ada larangan dalam agama, bagi kaum Muslimin akan bermu’amalah, campur-gaul dengan onang dan golongan yang tidak seiman dan se’aqidah dengan mereka:

“ALlah tidak melarang kamu dari orang-orang yang tidak memerangi kamu
dalam agama, dan tidak mengusir kamu dari negerimu sendiri, bahawa berbuat dan berlaku adil kamu kepada mereka’.
(Surah al-Mumtahanah: Ayat 8)



Boleh bermu’amalah, bercampur-gaul, bermasyarakat, berjual beli, berhutang-piutang, gadai menggadai dengan orang bukan Islam. Perempuan ahli kitab boleh dikahwini oleh orang Islam, dan isteri ahli kitab itu
wajib diberi nafkah dan belanja yang cukup oleh suami Muslim, itu dapat menjalankan agamanya.

Dalam satu negara Islam, gereja-gereja Kristian dan rumah rumah ibadat
Yahudi tidak boleh diganggu. Pada suatu hari ketika RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi wasal lam, berada di tengah-tengah sahabatnya, datanglah serombongan orang-orang yang sedang membawa jenazah Yahudi. RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi wa sallam, memutuskan percakapan dan berdiri dengan segala kehormatan. Setelah nombongan itu benlalu, bertanyalah seorang sahabat: Mengapa tuan berdiri? Apakah tidak tahu, bahawa itu hanya Jenazah seorang Yahudi belaka?
Nabi SallaLlahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Aku tahu, tetapi apakah seorang
Yahudi itu bukan manusia, yang berada di muka bumi ALlah? Bukankah ia
mempunyai roh yang tak kunjung mati dan akan hidup untuk selama-lamanya di suatu tempat yang tersedia baginya?”

Akan tetapi urusan pimpin-memimpin dalam satu perjuangan kaum Muslimin
untuk mencapai satu cita-cita kenegaraan, untuk menyempurnakan berlakunya
hukum-hukum Islam, Untuk satu susunan pemenintahan yang akan didasarkan
kepada Islam .. ini soal yang berlainan!
Cuba tunjukkan satu contoh bahawa RasuluLlah pernah membantu kaum kafir
buat satu pemenintahan yang bakal diatur bukan secara Islam, padahal orang yang
bakal duduk di bawah pemerintahan itu adalah tidak berdasarkan kepada Islam!
Bermu’amalah sehari hari lain, berjihad untuk menegakkan hukum Islam, lain.
Sebab ini bukan urusan benjual beli, bukan urusan berhutang-piutang, bukan
urusan makan-memakan santapan, bukan masalah kahwin dengan perempuan ahli. kitab, bukan masalah bertukar hadiah, bukan urusan menyertai bersama dalam perdagangan dan yang semacam dengannya — dalam urusan pergaulan harian. Adapun dalam urusan pimpin-memimpin dan percaya mempercayai dalam jihad dan perjuangan sebagaimana yang kita sebutkan di atas, dengan tegas dan terang-terang pula RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi wa sallam, mengadakan peraturan dan batas (disiplin) yang cukup jelas.

Baik terhadap orang kafir yang terang-terangan, ataupun munafiq yang pura-pura. Islam, atau mereka yang menjadikan agama buat main-main dan olok-olok, atau orang Islam keturunan ibu bapa semata-mata (Islam geografi kata Amir Syakib Arselan); yang tidak memakai tanda-tanda ke Islaman dan keImanan pada sisinya yang berupa ‘amal ‘ibadah yang membezakan antara kafir dan Islam.


Dilihat dan dasar nasionalisme (kebangsaan), tidak ada halangan umpamanya
meletakkan orang-orang yang bernama Melayu (yang belum tentu Islam atau tidak), memegang teraju dan memimpin perjuangan ummat Islam — dan tidak ada salahnya orang Islam memasuki parti yang tidak memperjuangkan Islam. Tidak ada halangan kalau dilihat dani sudut kebangsaan, ditinjau dan segi nasionalisme.Akan tetapi apakah layak dan halal bagi kaum Muslimin berketuakan kepada manusia seumpama itu?

Berpemimpinkan kepada orang-orang dan golongan yang kita sebutkan di atas?

Apakah layak dan halal bagi kaum Muslimin meletakkan dan menyerahkan
pimpinan ke dalam tangan mereka ini; kepada kaum atau golongan yang menolak dasar Islam dan menjadi peraturan negara dan masyarakat?

Padahal sudah tidak ragu lagi, bahawa rezeki ini sebagai orang kafir, orang-orang Kristian, Buddha dan sebagainya. Kalau tidak hendak dinamakan memusuhi paling sedikit, tidak suka kepada perlaksanaan atau berjalannya hukum dan peraturan Islam.

Padahal sudah tenang bahawa pemimpin-pemimpin nasionalisma dan
‘asabiyyah itu tidak sudi melihat berlakunya dasar Islam dalam negara dan
masyarakat Malaysia ini. Sesungguhnya tidak!

Tidak pantas dan tidak layak, sekali-kali tidak halal, walaupun mereka ini berbangsa Melayu, meskipun mereka bercita-cita menerapkan nilai-nilai Islam menurut nafsu mereka sendiri. Sekali lagi kita tegaskan di sini:
Mu’amalah dan pergaulan dalam kehidupan sehari-hari ãdalah lain, pimpin memimpin dalam jihad dan perjuangan mencapai cita-cita kesempurnaan menegakkan syariat Islam untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia sejagat khususnya dalam kehidupan bernegara adalah lain.



Dengan segala rasa hormat, kita harapkan agar orang jangan salah tafsir; kalau kita tegaskan bahawa mereka yang bukan Islam atau berfaham nasionalisme (kebangsaan) tidak boleh dijadikan oleh kaum Muslimin sebagai pemimpin, sebagai orang ke percayaan, sebagai ulil amri kaum Muslimin dalam perjuangan kaum Muslimin; sebagai ahlul halli wal ‘aqdi—kalau kita berkata begitu, tidaklah kita “menghasut” atau “memecah belahkan” atau sebagainya.


Akan tetapi, dengan ini kita mengatakan, menilaikan kewajipan, kita
menyampaikan kepada kaum Muslimin sendiri, peringatan-peringat peraturan dan ketentuan dari kita sendiri berkenaan dengan memilih ketua dan pemimpin kita sendiri. Di samping penolakan beberapa jenis orang-orang yang tidak halal bagi orang Islam menjadikan mereka ketua dan pemimpin — seperti yang telah kita kemukakan diatas dalam beberapa ayat al-Qur’an — dalam mencurahkan segenap kepercayaan,maka dengan tegas pula ALlah Subhanahuwa Ta’ala menetapkan:

“Hanya sanya pemimpin karnu adalah ALlah, RaulNya dan orang—orang’ yang
berirnan, yang mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat, sedang
rnereka adalah orang-orang yang ruku’ (tunduk patuh kepada titah perintah
ALlah)”
(Surah al-Ma’idah: Ayat 55).

p/s: insya'Allah akan bersambung lagi. semoga bermanfaat buat kita. "gua ikut enta"!










No comments:

Post a Comment