Saturday, December 3, 2011

PASTI, lagi satu di Batu Kawa

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarokatu, Alhamdulillah sekali lagi diberikan peluang, dihamparkan idea kedalam minda untuk terus bertinta dan istiqamah dalam wadah serba canggih ini, terima kasih Allah. Selawat dan salam keatas junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW yang dikasihi, selamat sejahter kepada kaum kerabat, sahabat-sahabat, para tabi', para tabi'in, kepada para ulama' yang terus mencurah-curahkan ilmu dari segenap sudut yang tidak lain tidak bukan hanyalah untuk kepentingan Islam, seterusnya kepada mereka yang bergelar pejuang yang mimpi nak Syahid dijalan Allah SWT, yang mengikhlaskan diri untuk berintima' dalam medan perjuangan Islam, semoga kita berada dalam perlindungan Allah SWT.


Alhamdulillah sekembali sahaja daripada medan amal sebentar tadi minda terus dihinggapi secebis idea untu dikongsikan kepada saudara-saudara pembaca."Melahirkan Insan Soleh di Malaysia Melalui Pendidikan Pra Sekolah sebagai Elemen Terpenting", Itulah visi Pusat 
Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang merupakan pusat asuhan kanak-kanak yang mana hari ini begitu menarik perhatian masyarakat. Berdasarkan rekod, bilangan PASTI di Malaysia hampir mencecah dua ribu buah. Apa yang istimewanya pada PASTI ini sehingga silibus pelajaran PASTI diiktiraf di peringkat Kementerian Pelajaran dan dijadikan sebagai rujukan. Bahkan dalam perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Penulis sempat menonton tayangan video yang mana seorang perwakilan daripada Kedah, memuji akan kehebatan PASTI, memuji silibus-silibus yang terhadap dalam pembelajaran PASTI sehinggakan beliau menyarankan agar silibus-silibus PASTI ini turut diamalkan dalam pusat-pusat asuhan yang lain. Menurut maklumat, pusat asuhan kanak-kanak PERMATA juga turut mengikuti silibus pembelajaran yang ada dalam PASTI. Alhamdulillah.


PASTI kini melebarkan sayapnya ke Borneo dan di Sabah sahaja PASTI ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat Sabah apabila ia mencecah hampir 55 buah pasti dan penulis menerima maklumat ada sebuah PASTI di Sabah dimana pelajar n guru di PASTI berkenaan 100% non muslim dan pendekatan di ambil untuk PASTI sebegini hanya menekankan 3 M iaitu membaca, menulis dan mengira. Alhamdulillah, semoga usaha-usaha ini berterusan, bagi pandangan Peribadi Penulis,  tumbuhnya pusat-pusat asuhan kanak-kanak seperti PASTI ini adalah satu jalan yang terbaik untuk memberikan pendedahan awal ilmu tidak kiralah ilmu fardhu 'ain mahupun fardhu kifayah. Dengan pendekatan dan usaha sebegini maka lahirlah satu generasi yang kita impikan selama ini iaitu generasi al-Quran yang hebat! 








Begitu juga di Kuching, Alhamdulillah penubuhan-penubuhan PASTI di kawasan Kuching sudah makin bertambah.Dengan sokongan daripada masyarakat setempat, tidak sampai 5 tahun, 8 buah PASTI kini telah dibuka dan aktif di seluruh Sarawak. Insya'Allah satu PASTI lagi akan dibangunkan dikawasan kampung Segedup Batu Kawa Kuching. Alhamdulillah untuk langkah yang pertama Penulis dan sahabat-sahabat Penulis baru sahaja selesai menceriakan PASTI di kampung Segedup yang diberi nama PASTI MARDHATILLAH.
















Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).


P/s: Bagi kaum-kaum tua atau yang belum tua yang ada anak yang masih kecil, khususnya bagi mereka yang tinggal Kawasan Batu Kawa, hantarlah anak-anak kamu ke PASTI MARDHATILLAH ni, insya'Allah anak PASTI diberkati!

1 comment:

  1. anak-anak pasti tak cuti ka ? em em, pasti mardhatillah sblh gmbr katun kaler hijau macam fahmi laa :) subhanallah.

    ReplyDelete