Friday, December 2, 2011

KITAB NUKILAN YUSUF QARADHAWI YANG DIMILIKI

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarokatu, Alhamdulillah pertama-tama merafa'kan segunung kesyukuran kepada Allah SWT diatas limpahan kurnia dan nikmat-Nya, Selawat dan salam ke atas junjungan mulia yang sangat dikasihi dan dihargai jasa-jasanya, Baginda tidak lain tidak bukan hanyalah Nabi Muhammad SAW, seorang hamba Allah yang paling sempurna, seorang pemimpin negara yang berjiwa besar, seorang ayah yang hebat! Seorang ketua angkatan tentera yang mantap! seorang guru yang berkarisma tinggi! Seorang pendakwah yang mudah didekati dan didengari nasihatnya. Salam sejahtera juga kepada Kaum kerabat,  sahabat-sahabat Baginda, para tabi' tabi'in, kepada para mujaddid, para ulama' seterusnya kepada para pendokong Islam yang tak pernah mengenal erti jemu dalam menegakkan panji-panji Islam yang ditumbang pihak-pihak pelampau!

Teringat dengan firman Allah SWT yang bercakap perihal 'ilmu' dan 'orang-orang yang berilmu' yang bermaksud:

Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (Az-Zumar:9)

Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269)

Alhamdulillah dalam masa terdekat ini Penulis berjaya mengumpul beberapa buah buku yang berjaya dihasilkan oleh seorang profesor yang Penulis sanjungi, beliau ialah Dr.Yusuf Al-Qaradhawi yang juga merupakan pengerusi kesatuan ulamak Islam Sedunia, beliau yang mendapat acuan tarbiyyah daripada Ikhwanul Muslimin. Beliau yang pernah bertemu As-Syahid Imam Hasan Al-Banna dan pernah mendekam didalam penjara beberapa tahun bersama dengan sahabat-sahabat perjuangan  Sayid Sabiq, Syeikh Muhammad Al-Ghazali dan sahabat-sahabat Ikhwan yang lain.

gambar: Dr. Profesor Yusuf Al-Qaradhawi (Pengerusi Kesatuan Ulamak Islam Sedunia)

Antara buku-buku beliau yang telah Penulis miliki ialah buku fiqh keutamaan, fiqh kenegaraan dan fatwa-fatwa Beliau. Pandangan Penulis pada hasil nukilan beliau ini adalah cukup berat untuk dihadam oleh Penulis barangkali kerna dosa-dosa dalam diri ini menyebabkan mudah untuk menghadam ilmu-ilmu Allah ini. Walaupun berat untuk dihadam namun banyak ilmu yang penulis kutip dan Penulis mula menelaah dengan lebih serius lagi buku-buku ini, Insya'Allah segala hidup yang dihadam ini boleh dijadikan sebagai bahan pengisian dan perkongsian dan seterusnya diaplikasikan oleh sahabat-sahabat Dai'e yang lain. Antara buku yang Penulis maksudkan ialah:-


gambar:fiqh keutamaan yang perlu dihadam oleh para pendokong Islam sekarang.



gambar: Fiqh kenegaraan, pendekataan dalam lingkungan Politik Islam yang sebenar.


Buku-buku ini seharusnya perlu ada pada setiap pendokong-pendokong Islam terutamanya bagi mereka yang berintima' dalam gerakan-gerakan Islam. Buku-buku ini adalah antara salah satu penambah rasa dan perisa dalam menghayati erti perjuangan Islam yang sebenar. Bagi penulis, buku-buku Ilmiah seakan ini Penulis jadikan sebagai teman dan Naqib Penulis dikala kesepian dan keseorangan taktala tidak ada sahabat-sahabat yang mendampingi disisi yang berperanan sebagai Cermin pandang penulis dikala berada dalam kealpaan.


Penulis masih lagi dalam proses berusaha untuk mendapatkan sebuah lagi buku Dr. Yusuf Al-Qaradhawi iaitu fiqh Ekonomi Islam untuk menjadikan set lengkap.





gambar: antara koleksi yang berjaya dikumpul tahun ini.

P/s: syukran Jiddan kepada sahabat dan sahabiyah yang sudi menghadiahkan buku kepada Penulis, marilah kita sama-sama mengahayati sepotong hadith Rasulullah khas ditujukan bagi mereka yang gemar menyampaikan ilmu kepada orang lain,


Ibnu Majah meriwayatkan daripada Sahal Bin Mu'az bin Anas, daripada bapanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda (mafhumnya): " Barangsiapa yang mengajarkan satu ilmu maka baginya pahala orang yang mengamalkannya sedangkan tidak mengurangkan pahala orang yang mengamalkannya." Hadith Shohih Sunan Ibnu Majah.

No comments:

Post a Comment