Thursday, April 28, 2011

USTAZ ABU BAKAR AL BAQIR DALAM KENANGAN (1907-1947)



Alhamdulillah,pada kali masih lagi dikurniakan ja
ri-jari yang kuat untuk menekan 'keyboard' yang cuba untuk berkongsi dan melontarkan segala info-info yang tercetus daripada akal dan cuba untuk dikembang didalam laman ini,semoga bermanfaat.

Pada kali ini penulis akan cuba berkongsi mengenai salah seorang tokoh gerakan yang dikagumi oleh penulis,yang mana merupakan seorang aktivis dakwah dan politik di tanah melayu(Malaysia) suatu ketika dahulu.
Tokoh yang dimaksudkan ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir,nama sebenar beliau Abu Bakar Bin Abu Said yang lahir pada 1907 di gunung Semanggol.Beliau cukup terkenal dengan gelaran 'Al-Baqir' yang bermaksud 'amat pintar' kerana kepintaran kurniaan Allah yang diberikan kepada beliau sejak dari kecil lagi sehingga hari ini beliau dipanggil 'ustaz' Abu Bakar Al Baqir.

Beliau adalah daripada keturunan Jawa. Datuknya, Haji Abdul Jabar bin Abdul Rauf berhijrah dari Kendal, Jawa Tengah pada pertengahan abad ke-19. Pada mulanya datuknya menetap di Kelang. Kemudian berpindah ke Kuala Kurau, Perak dan akhirnya ke Gunung Semanggol..
Setiap tempat persinggahan datuk neneknya, mereka menjalankan kerja bercucuk-tanam, terutamanya bersawah padi.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gunung Semanggol dan pada tahun 1919 di Pondok Ar-Rahmaniah. Pada tahun 1924 di Pondok Da'irat Al-Ma'arif, Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir meneruskan pelajaran agama di Pondok Idrisiah, Kuala Kangsar dan kemudian menjadi ustaz pelatih di sekolah tersebut.


Seorang Aktivis Dakwah dan Politik

Sejak muda, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah bergiat cergas dalam perbagai persatuan separa-politik dan pertubuhan politik Melayu seperti:

· Persatuan Melayu Pulau Pinang

· Persatuan Melayu Perak

· Persatuan Sunligh Taiping

· Kelab Saadat Kuala Kangsar

· Kesatuan Melayu Muda (KMM)

· Angkatan Pemuda Insaf (API)

· Barisan Tani Se-Malaya (BATAS)

· Pembantu Indonesia Merdeka (PIM)

Penglibtannya dalam persatuan-persatuan inilah yang menyebabkan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir amat rapat dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan pemimpin PKMM, Dr. Burhanuddin Al-Helmy. PKMM ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di lpoh, Perak

Usaha Pembaharuan
Pada akhir tahun 1920an, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah membuka kelas pendidikan Islam bernama Kanzal Ma'arif. Berlainan dengan sistem menadah kitab yang diamalkan pada masa itu, kelas-kelas ini memperkenalkan sistem perbincangan dan perbahasan bahan-bahan pengajian ilmu pengetahuan.

Tujuan diadakan pendekatan seperti ini adalah untuk melahirkan ahli-ahli dakwah dan mubaligh Islam yang bertepatan dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Kelas-kelas ini diadakan setiap malam Selasa dan Jumaat setiap minggu. Mereka yang menduduki kelas-kelas ini adalah terdiri daripada mereka yang dipilih sahaja. Usaha ini menghasilkan kejayaan yang menggalakkan.

Pada peringkat ini juga Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah terdedah dengan pemikiran Kaum Tua dan Kaum Muda. Disebabkan pengaruh gurunya serta pendedahan beliau di madrasah-madrasah yang digerakkan oleh gerakan Islah yang mewakili Kaum Muda, beliau lebih cenderung ke arah pendekatan pembaharuan.

Maahad Al-Ehya Al-Sharif

Pada tahun 1934, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir bersama beberapa orang pemimpin tempatan telah menubuhkan Maahad Al-Ehya Al-Sharif di Gunung Semanggol. Nama Al-Ehya Al-Sharif memberi erti "menghidupkan kemuliaan". Dengan menghidupkan kemulian agama inilah diharapkan akan tercetusnya masyarakat yang memuliakan dunia dan Akhirat di kalangan bangsa Melayu.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dilantik sebagai mudir Maahad Al-Ehya Al-Sharif. Jawatan ini dipegangnya hingga ke akhir hayatnya pada tahun 1974. Usaha pembaharuan ini diteruskan pada tahun 1940 dengan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir menubuhkan Persatuan El-Ehya Al-Sharif (Berhad). Persatuan ini berperanan sebagai badan yang mengurus dan melaksanakan hal-ehwal sekolah. Sebuah Lembaga Pengurus yang bertindak secara kolektif telah diwujudkan.

Meluaskan Pembaharuan

Kelahiran Al-Ehya pada tahun 1934 adalah seiring dengan matangnya fahaman Islah di kalangan umat Islam di Tanah Melayu. Pergerakan Islah atau Kaum Muda yang dipopularkan pada awal abad itu telah banyak mempengaruhi pelajar-pelajar madrasah.

Kemahuan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir untuk mendirikan Al-Ehya bertambah kuat apabila masih kurang madrasah yang menekankan pendidikan dunia dan Akhirat di Kawasan Kerian, Perak. Untuk tujuan tersebut, beliau melepaskan jawatannya di Pondok Idrisiah, Kuala Kangsar.

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mendirikan Al-Ehya di Gunung Semanggul kerana berpandangan tidak sesuai baginya untuk memajukan bangsa jika terikat dengan iklim istana. Lagipun, para ulamak di Idrisiah amat condong kepada kemahuan status quo golongan tradisional aristokrat diraja.

Dalam perkembangan inilah Al-Ehya menerima guru-guru dari Timur Tengah dan Indonesia yang berfahaman Islah dan Reformasi Islam sebagai tenaga pendidiknya. Guru-gurui dari Indonesia ini terdiri daripada aktivis pergerakan Muhammadiah yang terkenal sebagai Kuam Muda di Indonesia. Sejak itu, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir juga telah menjadikan Maahad El-Ehya Al-Sharif sebagai pusat gerakan sosiopolitik, sosioekonomi dan kegiatan politik berparti berdasarkan Islam dari tahun 1934 hingga Darurat diisytiharkan pada tahun 1948.

Pembaharuan melalui Ekonomi

Pada tahun 1947, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mempengerusiakn satu jawatankuasa perhimpunan besar yang dinamakan Persidangan Ekonomi-Agama se Malaya. Persidangan ini diadakan di Maahad Al-Ehya Al-Sharif. Tujuan persidangan tersebut dinyatakan sebagai untuk "berusaha meluaskan penyiaran agama dan berusaha mempertinggikan ekonomi bangsa dan negara yang sudah hampir lenyap ke tangan asing".

Persidangan tersebut dihadiri oleh 2,000 orang alim ulamak dan cerdik pandai dari seluruh Tanah Melayu yang berkelulusan dari sekolah-sekolah tinggi Mesir, Arab Saudi, India dan Indonesia. Wakil-wakil dari Singapura juga turut hadir. Persidangan tersebut berjaya menubuhkan Pusat Perekonomian Melayu seMalaya atau ringkasnya PEPERMAS. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dipilih sebagai Yang Di Pertua (YDP) bagi PEPERMAS.

Sejurus penubuhannya, PEPERMAS telah menyusun kerja-kerja ekonomi, melantik badan-badan ekonomi serta menggariskan kerja-kerja derma pelajaran bagi pelajar-pelajar di madrasah-madrasah seluruh Tanah Melayu.

Pembaharuan dalam Pentadbiran Agama

Majlis Agama Tinggi atau MATA juga ditubuhkan pada tahun 1947, iaitu sehari selepas PEPERMAS. MATA juga ditubuhkan di Al-Ehya Al-Sharif, Gunung Semanggol. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dilantik sebagai penasihat kanan.

MATA ditubuhkan dengan tujuan untuk membetulkan pengurusan dan pentadbiran hal-ehwal agama Islam yang ditadbir oleh ulamak tradisional dan raja Melayu. MATA adalah satu tamparan yang hebat kepada golongan yang bekerja dalam pertubuhan ulamak negeri dan pejabat agama negeri-negeri. Ini kerana MATA bertujuan menjadi badan agung untuk mengelolakan soal agama. MATA juga secara langsung berhasrat menggantikan badan-badan agama yang telah wujud di setiap negeri.

Pembaharuan melalui Pendidikan

Pada tahun 1947 juga, sebuah badan yang dinamakan LEPIR atau Lembaga Pendidikan Rakyat telah ditubuhkan. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dipilih menjadi pengerusi LEPIR. LEPIR adalah hasil usaha daripada Jawatankuasa badan Kebajikan Pelajaran MATA yang telah mengadakan pemerhatian di seruh Tanah Melayu dan Singapura perihal kurangnya umat Melayu-Islam dalam bidang pendidikan. Melalui LEPIR, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah diberi tanggungjawab untuk memajukan sekolah agama di seluruh Tanah Melayu. Melalui LEPIR juga Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah menggabungkan semua sekolah rakyat di Tanah Melayu, melahirkan satu sistem persekolahan serta membentuk satu sukatan pelajaran yang seragam bagi semua sekolah rakyat.

LEPIR di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah mengusahakan penerbitan buku pelajaran agama dan bahasa Arab bagi seluruh Tanah Melayu. Dengan menerajui LEPIR, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir juga telah menjuruskan usaha ke arah penubuhan sebuah universiti Islam dengan menubuhkan sebuah tabung mengumpul dana daripada rakyat.


DASAR PEMBENTUKAN PEMIMPIN


Tarbiyah kepimpinan menuntut supaya mereka yang berbakat dan cerdik di kalangan mukminin dibiasakan berfikir secara bebas, menggunakan qiyas, melakukan pengamatan, menganalisis, mengemukakan `illah (rasional). Mereka perlu dilatih menggunakan kaedah-kaedah yang menepati methodologi tertentu dan kaedah-kaedah yang logik. Kesemua ini menuntut pengembangan bakat membuat pernyataan yang teliti pada mereka, penyingkapan pertalian-pertalian serta pemahaman waqi`e. Kesemua ini merupakan asas ijtihad dan jalan-jalannya.

Namun demikian usaha membiasakan (dengan perkara-perkara diatas) dan latihan ini tidak sepatutnya dibiarkan secara berterusan, malah para pemimpin mestilah campurtangan dalam membuat keputusan yang jelas dan tegas atas sifat timbang rasa terhadap pelatih/ orang yang sedang diasuh yang sedang membangun di samping meringankan bebanan mereka, supaya dengan itu mereka tidak digugat oleh perasaan ragu-ragu di persimpangan jalan yang penting dan semasa menghadapi saat-saat genting.

Maksudnya, latihan yang kita berikan bukan berlaku dalam ruang kosong dengan menjadikannya pengantar sebelum pelaksanaan dan pengamalan yang masanya belum sampai lagi, tetapi ia merupakan latihan dalam suasana kepimpinan yang sedang bertindak dan melaksanakan amal yang berterusan, pelaksanaan berlaku serentak dan seiring dengan proses pengembangan fikrah dan strategi. Sebahagian daripada proses latihan ialah pelatih dapat melihat bagai mana kepimpinan membuat keputusan sebenar, dia tidak hanya menyaksikan contoh-contoh andaian.

Kebebasan Golongan yang sedang dilatih/ diasuh tidak patut sepenuhnya, ia bukan kebaikan untuk mereka, oleh itu batas daerah syura tidak sepatutnya terlalu meluas, kerana dalam keadaan seperti itu keputusan sukar dibuat kerana ramai bilangan mereka yang membincangkannya atau mungkin keputusan dibuat dengan berat hati (takalluf), ini akan menyebabkan berlaku keadaan menyimpang, bukan ijtihad, dengan itu kecenderungan mereka yang terlibat dalam perbincangan syura telah dipenuhi dan dipuaskan mengatasi perhitungan kebenaran.

Mungkin ada yang berkata: keadaan gentar dan gelabah yang sering dialami sesaorang (calon pemimpin) yang sedang meningkat dalam menghadapi keadaan cemas merupakan sebahagian daripada kepayahan yang dianggap fiqh dakwah sebagai titik pusat tumpuan tarbiyah kepemimpinan, oleh itu perluasan pengamalan syura diperlukan.

Jawabnya, memang benar ia sebahagian daripada latihan dan ia memang diperlukan, namun kehadiran mereka masih sebagai pemerhati dan pemantau, di mana sesaorang (calon pemimpin) yang sedang meningkat dapat melihat proses pematangan pembuatan keputusan. Dia diberi peluang untuk menguji kadar penguasaannya terhadap petunjuk-petunjuk suasana, lantas dia menyatakan pandangannya, menunjuk kepadanya dengan penuh kemampuan, tetapi dengan niat berlatih menyatakan pendapat, adapun pembuatan keputusan pada dasarnya ia hanyalah milik mereka yang sebelum ini telah lulus melalui proses ujian ini, kerana tidak semua pelatih akan lulus, tidak semua yang cerdik layak untuk berbicara, tidak semua mereka yang mengalami dwi tekanan akan sampai ke destinasi, kerana hak membuat keputusan adalah hasil kesetaraan (perimbangan) yang sukar, jarang berlaku, ia bermula dengan niat yang ikhlas dan arah tuju yang baik, akhirnya ialah penanggungan dan latihan, dan di antara permulaan dan penghujung (perjalanan) ada kecerdikan, ilmu, jiwa yang stabil, pegetahuan terhadap ufuk medan yang luas dan pengamatan mendalam ke atas sejarah yang panjang.


Wednesday, April 27, 2011

Assalamu'alaikum..Alhamdulillah,dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana sehingga ke hari ini masih lagi diberikan ruang yang selesa untuk bernafas dan menghirup udara segar bumi kenyalang ini, sudah hampir 2semester aku berada diperantauan meninggalkan keluarga yang dikasihi,sahabat-sahabat seperjuangan,jiran-jiran,dan anak-anak buah jajal yang sering membayangi diri ini,rindu akan setiap detik bersama mereka..hmm.bila berjauhan baru nak rindu..ish3.rasa mcm nk balik tp masih bnyk lg yang ku perlu isikan didalam dada yang penuh dengan kejahilan ini..

Alhamdulillah, Allah masih campakkan didalam hati ini akan erti pengorbanan dan perjuangan,aku terpaksa batalkan segala 'plan' aku bila balik ke pangkuan keluarga nanti..inysAllah bulan depan aku akan berada melaka dalam tempoh yang belum ditetapkan,sebab tiket nak balik sabah belum beli lagi,,tengoklah..jika rasa-rasa nak hadam semuanya ilmu-ilmu yang diperturunkan disana,balik lewat sikit..tapi rasanya nak balik awal sikit,sebab bulan jun nanti akan ada kem remaja Islam(KRIS) anjuran Persatuan Siswazah Negeri Sabah (PSS)..kamek mok 'join' jua..

"pastikan diantaranya sesi pertarbiyyahan itu tidak terhenti setakat disini,lepas ni kalau boleh carilah mana-mana tempat ataupun bahan-bahan bacaan yang boleh menambahkan lagi ilmu-ilmu Islam"

itulah diantara amanat terakhir daripada mantan pengerusi RAPI sem ne,Al-Hilmee (bukan nama sebenar)..seorang insan yang ku kagumi akan kehebatannya dalam ilmu-ilmu tarbiyyah dan siasah,ku hormati akan setiap pandangan dan pendiriannya dalam menyelesaikan mana permasalahan tidak kira permasalahan di peringkat jemaah mahupun diperingkat ana sendiri..yang bestnya bekas amir aku ne,aku tnya satu patah soalan,dia akan jawab ber'patah2' jawaban,kalo boleh sampai jam3 subuh,'time2' mata aku tutup tingkap sudah..adehh..soal hukum?organisasi?tarbiyyah?tnya ja dia..pasti dia akan tnya ustaz kalau dia xtau..=)

bahan rujukan aku bukan dia ja,ada seorang lagi..tinggi macam tiang kurus macam tiang juga.hehe.xbha..gurau2.kalau nak minta semangat atau 'motivate' aku akan rujuk dia..kau cerita apa ja,open punya Hamba Allah..seorang yang penyanyang,pengasih,pepe..mcm2 pe..

Tapi yang cukup menyedihkan,'sifu' aku dua orang ne akan pergi meninggalkan aku..hmm..dorang dua orang da nak 'grade' da..yang sorang ambil kos mekanikal,yang sorang lagi kos elektrik..tapi apa pun,aku berharap sebelum dorang 'caw' dari POLIKU ne...segala ilmu2nya 2 diturunkan kepadaku..kalau xsempat pun turunkan lah sikit ilmu-ilmu buat blog cantik(a.zaim..) dan ilmu 'photoshop'(a.zul..) tue..nahh.azan da..bersihkan diri lu..nanti sambung=)