Thursday, December 1, 2011

BAITUL QURRA' WAL 'ILMI

"Barangsiapa yang menyusuri jalan untuk menuntut ilmu,Allah akan susurkan pula baginya jalanya ke syurga,dan sesungguhnya para malaikat akan menghamparkan sayap-sayapnya kepada mereka kerana redha kepada penuntut ilmu itu dan segala yang ada di langit dan di bumi akan memohon ampun untuk orang yang berilmu,sehinggakan ikan yang berada di laut pun akan memohon ampun untuk mereka,dan keutamaan antara orang yang berilmu dengan seorang ahli ibadah itu bagaikan sinar rembulan yang lebih menerangi daripada sekelian bebintang,dan para ulamak itu adalah pewaris para nabi,dan para nabi itu tidaklah mereka mewariskan wang emas walau wang perak,sesungguhnya mereka mewariskan ilmu,barangsiapa yang mengambilnya,maka dia telah mengambil keuntungan yang banyak” 


(diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi bernombor 2682 dan telah disahihkan oleh As-Syeikh Nasaruddin Al-Banni rahimahullahu taala pada sahih At-Tirmizi bernombor 2159)


Alhamdulillah, tujuh bulan yang lepas Penulis tidak melepaskan peluang bersama dengan dua orang sahabat untuk mengisi kekosongan diwaktu cuti pengajian Politeknik Kuching Sarawak, kami ke mendapat jemputan Allah untuk terbang ke negeri seberang untuk mengikuti pengajian Fardhu 'ain di Pondok Baitul Qurra' di Sungai Udang Melaka yang diadakan selama empat minggu bersama dengan dua orang sahabat baik Penulis




Alhamdulillah, menada tangan mengucapkan rasa syukur kepada Allah kerana Allah telah memakbulkan doa penulis dengan bertemu dengan mereka yang bergelar ulama'. Terasa diri ini kerdil bila bersama dengan kekasih-kekasih Allah ini, baru sedar bahawa masih cukup cetek lagi ilmu agama didada ini bila bersama dengan mereka. Segala ilmu yang dimuntahkan sangat mudah dihadam oleh Penulis berbanding dengan menuntut ilmu di tempat pengajian Penulis. Barangkali penekanan aspek keberkatan yang diterapkan di Pondok ini menyebabkan ilmu mudah untuk difahami. Program yang bisa menghidupkan hati dan mendekatkan diri kepada Allah dan Rasulullah Saw serta cucu-cucu Rasulullah Saw ini dibawah kelolaan Mudir sekolah pondok ini, Ustaz Zulkifli bin Ismail, Mudir yang sangat penulis kagumi dengan sifat lemah lembutnya dalam bertutur dengan orang lain. Dan yang Penulis kagumi dengan ustaz Zulkifli ini apabila nama junjungan Nabi saw tidak pernah lekang dari mulut beliau, selawat buat baginda sering dititpkan walau dimana sahaja berada tanda cinta kepada Baginda Saw. Ustaz telah mengasaskan Pondok ini pada tahun 2000 dan akhirnya berkembang sehinggalah sekarang.


gambar: Pintu masuk pondok Baitul Qurra' wal 'ilmi



gambar: bangunan yang baru dibina untuk tujuan pengajian


gambar:pondok tempat tinggal para pelajar 


gambar:menggantung 'banner' menyambut kedatangan Syeikh Nuruddin Al-Banjari

gambar:jadual pengajian pondok Baitul Qurra' wal 'ilmi

Antara aktiviti harian Penulis dan sahabat-sahabat Penulis disana ialah qiamulail, solat Subuh berjemaah, tadarus al-Quran, membaca zikir wirdul latif, pengajian kitab Risalah tauhid, Kitab Safinatun Naja, Kitab dakwah, solat fardhu berjemaah, membaca Qasidah Muhammadiyyah, membaca ratib Al-haddad, kuliah Dhuha setiap Ahad. Disamping itu juga, semasa keberadaan Penulis disana Penulis sempat bertemu dan bersalaman dengan tokoh ulama' Indonesia yang terkenal iaitu, Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Marbu yang ditemani oleh habaib-habaib.

Alhamdulillah, betullah kata orang, semakin kita belajar, semakin banyak yang kita tak tahu. SubhanAllah, ilmu Allah begitu luas. Saudara-saudara pembaca, sebanyak mana pun buku yang kita baca itu tidak sama. Kena belajar dengan ulama' juga baru semakin seronok kita menuntut ilmu, apatah lagi ilmu itu adalah ilmu-ilmu agama. Sebelum Penulis meninggalkan Pondok Baitul Qurra', penulis dihadiahkan oleh Ustaz Zulkifli sebuah buku Sirah Nabi yang mengupas mengenai perjalanan sirah Nabi Saw dan ibrah yang boleh diambil oleh gerakan Islam masa kini.



kata-kata Ustaz Zulkifli yang sangat berbekas pada diri Penulis,"Kita kena cari tarbiyah kalau kita rasa tarbiyah diri kita kurang, jangan tinggal jemaah kalau rasa tarbiyah kurang. Bukan salah jemaah, tapi silap cara dan aplikasinya"

“Setiap anak murid ustaz selepas habis tempoh pengajianya mesti berjuang kerana islam,jangan balik nanti bekerja untuk memenuhkan perut sendiri sehingga lupakan tanggungjawab kamu kepada perjuangan islam” 

p/s: siapa-siapa yang pergi kesana sangat-sangat beruntung. Pondok tersebut sering dikunjungi oleh anak-anak cucu Rasulullah SAW. insya'Allah, Penulis akan pergi lagi!

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum saudara. Boleh beri no telecom ada perkara yg sy ingin tanyakan

    ReplyDelete