Tuesday, November 22, 2011

Assalamu'alaikum, Alhamdulillah berkesempatan juga menatap semula blog penulis ne. Lama sungguh tak update.


UBATAN HAKIKI
Artis : UNIC feat. Fadzli FAREAST
Album : Hijrah

Wahai hamba yang mukminin
Takdir itu Allah yang tentu
Bangunkan hati penuh yakin
Sakit dan sihat dari yang Satu

Dari rasa hati gelisah
Tenang tenangkan dengan pasrah
Kenangkanlah dosa yang sudah
Kepada Allah kita berserah

Dalam diam banyak istighfar
Solat taubat terus menerus
Harta yang ada banyak diinfak
Zikir pula janganlah putus

Jangan sekali berputus asa
Rahmat Tuhan luas tersedia
Kesembuhan kan berlaku jua
Alam syahadah atau alam baqa'

Kita ini yang bernama hamba
Pasti sekali melakukan dosa
Sakit itu gugurlah semua
Mudah-mudahan dikurniakan syurga

Berubat itu satu usaha
Hakikat sembuh dari yang Esa
Jangan sampai mensyirikkan-Nya
Dengan amalan yang diada-ada

Ubatan dan amalan perlu berhati
Moga sakit jadi kaffarah
Tauhid itu ubatan hakiki
Sembuh juga daripada Allah

Lagu : Fadzli FAREAST
Lirik : Tn Hj Ismail b Ahmad
Penerbit : Fadzli FAREAST dan Bazli UNIC
Susunan Muzik : Along Exist
Hakcipta : HPA Industries Sdn Bhd

Lirik lagu ni menyedarkan penulis tika lalai di medan perjuangan suci ini. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Kadang-kadang hati ini mudah rapuh jika termakan pujukan dunia yang fana ini. Itulah hakikatnya manusia yang sentiasa lalai, tapi Allah turunkan bermacam aksi dihadapan mata untuk menyedarkan hamba-Nya untuk kembali semula kepada-Nya.



Maha Suci Allah yang sentiasa kasih kepada hamba-hamba-Nya. Penulis pernah melihat sepotong hadith daripada Junjungan Tercinta, barangkali penulis hanya menatapnya tapi tidak cuba untuk memahami sedalam-dalamnya maksud hadith tersebut. Dalam hadith ini menyatakan bertapa pentingnya seketul daging ini dijaga.

 Kalau boleh seperti menjaganya seakan-akan menjaga seorang bayi baru lahir ke dunia, dimandikan, disusukan, disediakan tempat tidur yang elok-elok dan sebagainya serta berharap kepada si bayi agar dia menjadi anak soleh dan bermanfaat kepada masyarakat. Samalah sifirnya dengan hati, jaga elok-elok jangan sampai diikat tambat oleh syaitan laknatullah.Kalau boleh selalu dibekalkan dengan ayat-ayat mengingat Penciptanya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”


Wahai diri yang tidak punya apa-apa, disini ku titipkan beberapa cara-cara untuk menghindarkan hati daripada kering kontang tanpa bimbingan hati. Sebab penulis tahu segala aspek adalah bermula daripada hati. Suci hati makan murnilah diri mu, dan jika sebaliknya, maka banyakkanlah bermuhasabah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur
– Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.


3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.


4. Membaca Al-Quran
– Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.


5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari
– Semasa meminta maaf perlu sebutkan.


6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)


7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).


8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.


9. Cuba ingat tentang mati
(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).


10. Kekalkan wuduk.



11. Bersedekah.


 




No comments:

Post a Comment