Tuesday, December 7, 2010

dari mana kita?untuk apakah kita dihidupkan?kalau mati kita akan pergi mana ne??

Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah kerana masih diberikan udara untuk bernafas,untuk terus berjalan diatas muka bumi Allah ni sebagai seorang hamba dan khalifah..cukup sesuai dengan firman Allah yg bermaksud.."Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku."Adz Dzariat:56..firman Allah juga kepada para malaikat dalam surah al baqarah ayat 3o yg bermaksud "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat.."Sesungguhnya Aku hendak jadikan seorang khalifah di muka bumi"..selamat sejahteralah kepada Nabi Junjungan kita,Muhammad ya Rasulullah yang terpaksa bermandikan darah bagi memastikan bendera kalimah LA ILAHAA ILLALLAH(tiada Tuhan melainkan Allah) terus terpacak tegak diatas muka bumi ini,tidak lupa kepada kaum2 kerabat baginda,para sahabat,para tabii,tabi tabiin seterusnya kepada pejuang2 Allah yang terus memastikan Islam berada di tempat yang sepatutnya..

pada penulisan yang pertama ini ana akan berkongsi satu hakikat kehidupan seorang manusia diatas muka bumi Allah ini.."dari mana kita?untuk apakah kita dihidupkan?nak kemana kita bila da mati?hmm.."kita dari Allah,Untuk Allah kita dihidupkan,dan kepada Allah jugalah kita akan dikembalikan"..hmm..cukup simple jawapannya.tp kita sedar dan insafi ka apa yang kta katakan 2??..atau hnya sekadar manis dimulut,tapi pada hakikatnya kita curang dengan ayat2 tersebut..ya Allah hinanya hambamu ne ya Allah.kita bjalan membawa dosa umpama sorang pengemis yg bsuk oleh nanah dan darah di seluruh badannya. bayangkanlah bgaimana kita nti bila menghadap Allah dengan aib dan cela pada badan kita ne,,bagi seseorang muslim dia amat jelas daripada perkhabaran al quran dan as sunnah bahawa hakikat dunia adalah satu perhentian untuk mencari bekal untuk satu lagi kehidupan yang abadi..kitak mok atau sik mok,kitak tetap bjumpa DIA kelak..hakikat sebenar kehidupan di dunia ini adalah tempat ujian dan Allah menjadikan segala bentuk kenikmatan sebagai perhiasan untuk menguji amalan sapa yang paling mantop sebagai penerima anugerah jannah impian.jap2..ana tjumpa satu ayat quran berkenaan dengan 'hakikat kehidupan' ne dalam satu kitab yang dikarang oleh sorang mujahid Syed Qutb..Allah berfirman..:“Sesungguhnya Kami telah menjadikan segala apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka siapakah yang paling baik amalannya” (al Kahfi 7) ...kita lihat satu2 permasalahan manusia dan bagaimana al Quran memberikan respon yang cukup releven terhadap permasalahan tersebut..

Petikan email "manusia bertanya,Al-Quran menjawap"


KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya. "

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg
beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-
daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu
berjaya (mencapai kemenangan). "

-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal. "

-Surah At-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

"... .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."...


sekian.,,wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment