Saturday, December 18, 2010

NUKILAN HATI SEORANG SAHABAT..


Sahabatku.. Teruskanlah perjuanganmu saat ku lemah tidak berdaya… Teruskanlah perjalananmu andai kakiku ini tidak lagi mampu untuk melangkah… Jangan biarkan ia mematahkan semangatmu.. Sahabatku.. Andai aku tidak bisa lagi seiring denganmu... Ketahuilah bahawa doaku sentiasa mengiringi hari-harimu yang berlalu.. Akan aku semat ikrar kita dalam hatiku.. Akan ku simpan ukhwah yang telah terbina supaya menjadi satu kenangan yang tak pernah aku lupakan..

Sahabatku.. Terima kasih atas segala yang telah kau berikan padaku.. Semoga kebaikan dan keikhlasanmu itu akan menjadi saksi dihadapanNya nanti.. Sahabatku.. Saat Allah mentakdirkan kita bertemu dalam cerita perjuangan ini.. Telah aku bisikkan didalam hati.. Bahawa sesungguhnya kita bertemu dan bersahabat adalah kerana Allah dan satu hari nanti… bila sampai waktunya… semoga kita berpisah juga keranaNya Yang Maha Esa.. Teringat kembali bait kata2 seorang ulama’.. Beliau menyatakan..
“Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku..Sahabat yang baik adalah seorang yang seiring denganku dengan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana dengan itu aku akan merasa senang..Semakin ramai sahabat.. semakin aku percaya diri.. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya saat dalam suka ataupun duka.. Jika aku perolehinya maka akan aku setia dengannya..”



No comments:

Post a Comment