Friday, December 17, 2010

Memahami Sunnah Perubahan

assalamualaikum Ikhwah dan Akhwat..pada kali ini penulis akan cuba berkongsi sesuatu yang mungkin bermakna untuk kita fahami bersama sunnah perubahan.Yang mana perubahan itu merupakan sunnatullah..Jika kita perhatikan tidak ada yang tidak berubah dalam hidup dan tidak ada yang sentiasa tetap!

Salah satu contoh yang cukup mudah disini kita lihat ialah putaran bumi.yang mana bumi itu sentiasa berputar pada paksinya.hmm..tulah yang dikatakan sebagai SUNNATULLAH..Perubahan merupakan sunnatullah yang tidak pernah berubah..ana bagi lagi satu contoh iaitu perubahan sesuatu kaum,yang mana peta kejayaan dan kekalahan sesuatu kaum itu pasti bergilir..jika kita lihat dalam sejarah pemerintahan Islam itu sendiri..yang mna perubahan graf kemenangan umat Islam itu sentiasa berubah.Tetapi sebagai umat Islam,kita mesti yakini bahwa pada suatu hari nti Islam itu akan menang dan panji2 Islam akan berdiri tegak bertebaran di seluruh pelusuk dunia.subhanAllah..

Oleh sebab itulah kita tanamkan keyakinan dalam diri ini bahwa semua yang berlaku itu adalah ketentuan Allah(sunnatullah)..Apakah rahsia disebalik sunnatullah tersebut??
semua itu berlaku silih berganti seperti penggantian siang dan malam atau seperti putaran roda..itulah putaran perubahan yang tunduk kepada sunnatullah..Sebenarnya al-Quran mengajarkan semua itu kepada kita agar kta tidak jatuh kedalam lubang kekecewaan dan keputusasaan serta tidak terjerumus ke dlam lembah kesengsaraan..

Perubahan nasib dan keadaan bukanlah sebuah hadiah free..seperti dalam firman Allah s.w.t...“Allah tidak mengubah keadaan atau nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada dalam diri mereka.”...

No comments:

Post a Comment